Pusat Sains Negara

Wednesday, March 23, 2011

Belon Udara Panas

Keterapungan belon udara panas di udara boleh dijelaskan menggunakan konsep ketumpatan seperti minyak yang sentiasa berada di atas air kerana ketumpatanya yang lebih rendah. Oleh kerana belon udara panas memiliki ketumpatan yang lebih rendah berbanding udara di sekitarnya, ia akan terapung di atas.

Ketumpatan adalah jisim bahagi isipadu. Jisim belon udara panas adalah hasil tambah jisim belon dan jisim udara di dalam belon. Jisim udara di dalam belon pula adalah hasil tambah kesemua molekul udara di dalamnya. Semakin banyak molekul udara semakin besar jisimnya.

Oleh kerana isipadu belon udara panas adalah tetap, untuk mengurangkan ketumpatan belon udara panas, bilangan udara di dalam belon hendaklah dikurangkan bagi mengurangkan jisim. Dan cara untuk mengurangkannya adalah dengan memanaskannya. Udara apabila dipanaskan ia akan bergerak dengan laju dan menjadikan jarak purata di antara molekul akan menjadi semakin jauh.  Jarak purata yang jauh ini menyebabkan sebahagian udara akan ditolak keluar dari belon.

Kesimpulannya, sebelum memulakan penerbangan, udara di dalam belon udara panas hendaklah dipanaskan sehingga ketumpatannya menjadi lebih rendah berbanding udara di sekeliling.

No comments:

Post a Comment